Tuesday, September 2, 2008

Politik Malaysia selepas Permatang Pauh

KETIKA kami mula sampai ke Bandar Baru Perda, pusat bandar kawasan Parlimen Permatang Pauh, rakan saya terus bertanya siapa yang membina bandar ini? Bandar baru yang tersusun dengan bangunan-bangunan moden bertiang ala-Rom. Bangunan pejabat Jabatan Hasil Dalam Negeri juga tersergam di situ bersama ibu pejabat Majlis Daerah Seberang Perai yang menjadi mercu tanda.

Jika Menara Berkembar Petronas menjadi lambang pemodenan Malaysia oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, bangunan Majlis Daerah Seberang Perai itu adalah lambang kemajuan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim bawa ke Permatang Pauh semasa menjadi ahli Parlimen.

Permatang Pauh tidak pernah jatuh ke tangan `orang lain' selepas Anwar mengosongkan kerusi tersebut. Ia terus dipegang oleh isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mengosongkannya hanya untuk melorong langkah kembali Anwar ke Parlimen.

Pertanyaan siapa yang membina Bandar Baru Perda adalah bayangan yang jelas siapa yang akan memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil 26 Ogos lalu. Anwar yang membina Bandar Baru Perda dan kemudian rakyat Permatang Pauh telah memberikan jawapan yang jelas dengan memberikan majoriti undi yang amat besar kepadanya.

Keesokan harinya kami ke Institut Perguruan Tuanku Bainun di Mengkuang untuk menyaksikan penamaan calon pilihan raya kecil itu. Apa yang kami saksikan memperkukuh keyakinan bahawa Permatang Pauh adalah kepunyaan Anwar. Kenderaan-kenderaan berderet tiga barisan sepanjang kira-kira 3 kilometer di kiri kanan lebuh raya Kulim. Hanya satu lorong boleh dilalui oleh kenderaan yang bergerak.

Sungguh ramai mereka yang datang ke hari penamaan calon itu. Lebih 100,000 orang dan majoriti mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat (PR). Nisbah penyokong PR dan penyokong Barisan Nasional (BN) adalah 10:1. Para penyokong PR datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Berpengalaman menyaksikan banyak pilihan raya kecil, belum pernah kami menyaksikan suasana sedemikian. Dari segi moral, penamaan calon telah memberikan semangat kepada PR dan melemahkan BN. Dan kesan psikologinya juga berat ke atas BN.

Untuk lebih memahami kesan psikologi ini, pengalaman kami sebelumnya di laluan tol lebuh raya Kulim-Butterwoth yang kami lalui untuk ke pusat penamaan calon adalah sangat relevan. Ketika kami menghampiri rumah tol tersebut, kami lihat kereta-kereta berderet panjang untuk memasuki dua lorong di sebelah kiri. Tapi kami lihat satu laluan yang agak jauh di sebelah kanan di tepi lorong Toch' N Go, masih kosong. Kereta kami terus bergerak pantas menuju lorong yang kosong itu.

Ketika membayar tol, saya lihat dalam cermin pandang belakang kereta-kereta lain di belakang kami berlumba-lumba menuju ke lorong yang kami lalui. Kenapa ini berlaku sedangkan sebelum itu tiada siapa yang menggunakan lorong yang kosong itu?

Dari sudut psikologi, kita harus memahami bahawa kebanyakan manusia adalah bermentaliti pengikut. Tidak banyak orang yang bermentaliti ketua yang berani melakukan sesuatu mendahului orang lain. Kita juga sama seperti beberapa jenis haiwan yang bergerak mengikut ketua. Contohnya biri-biri yang sentiasa didahului oleh seekor ketua apabila bergerak dari setempat ke tempat lain.

Kebanyakan manusia lebih suka mengikuti apa yang orang lain telah buat daripada mendahului orang lain. Kita boleh lihat dalam banyak hal betapa jika seseorang melakukan sesuatu, maka akan adalah orang lain yang mengikutinya. Itulah yang berlaku di rumah tol lebuh raya Kulim-Butterworth itu.

Semasa pilihan raya Permatang Pauh, apa jua yang PR buat telah mengatasi BN dari sudut psikologi ini. Bukan sahaja jumlah penyokong PR jauh mengatasi BN, malah sebelum hari penamaan calon bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah kelihatan di merata tempat. Bendera, sepanduk dan poster BN hanya kelihatan sedikit demi sedikit selepas hari penamaan calon. Ia cukup mempengaruhi para pengundi yang bermentaliti pengikut untuk mengekori Anwar.

Ceramah-ceramah Anwar dihadiri ribuan manusia, tapi ceramah BN boleh dibilang jumlah pendengar.

Pada malam terakhir menjelang hari pengundian, Anwar mengadakan ceramah perdana atau `last kopek' di Seberang Jaya yang dihadiri tidak kurang 30,000 orang. Dalam masa yang sama Presiden BN/UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berucap di sebuah majlis di tempat lain yang dihadiri tidak sampai 1,000 orang.

Pemerhati mungkin berkata, ramai yang datang ke ceramah Anwar hanya kerana mahu mendengar jawapannya kepada sumpah Mohd Saiful. Kehadiran manusia yang begitu ramai memberi peluang kepada Anwar bukan sahaja untuk memberikan penjelasan yang terbaik berhubung sumpah Mohd Saiful, tapi juga mengambil kesempatan untuk memutar minda manusia yang kebanyakannya bermentaliti pengikut ke arah matlamat politik yang beliau mahukan.

Dalam masa yang sama, sokongan kepada Anwar paling jelas diperlihatkan oleh orang-orang muda yang berusia bawah 40-an (40 peratus daripada pengundi terbesar di Permatang Pauh berusia 40 ke bawah). Mereka menjadi pekerja parti dengan mempamerkan lambang PKR dengan penuh kebangggaan. Suasana ini hampir tidak kelihatan di pihak BN.

Memang tidak boleh dinafikan Permatang Pauh adalah milik Anwar dan tiada siapa ketika ini yang boleh menggugatnya di kawasan yang berwajah separuh bandar dan separuh kampung itu dengan hampir 70 peratus pendudukanya orang Melayu. Kemenangan Anwar sudah boleh diduga lebih awal, tapi tidak ramai yang menduga jumlah majoriti bertambah kira-kira 3,000 daripada yang diperoleh isterinya pada PRU 2008 yang lalu.

Mungkin BN khususnya UMNO boleh berkata untuk menyedapkan hati bahawa Permatang Pauh tidak boleh digugat oleh sesiapa dengan apa cara sekalipun. Tapi sebagai pilihan raya kecil pertama selepas PRU 2008, ia mungkin menjadi bayangan kepada pengaruh Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat selanjutnya.

Adalah keterlaluan untuk menyatakan bahawa Permatang Pauh boleh menjadi pemangkin kepada Teori Domino dalam suasana politik yang semakin tidak menentu di Malaysia sekarang. Tapi keputusan pilihan raya ini telah memberikan semangat yang besar kepada Pakatan Rakyat untuk meningkatkan serangan bagi menjatuhkan BN di peringkat nasional. Jika tiada apa-apa yang berlaku pada 16 September ini (kononnya 30 orang ahli Parlimen BN akan melompat ke PKR), pasti Anwar dan para penyokongnya akan tidak sabar-sabar lagi menunggu pilihan raya umum akan datang.

Bagi BN, apa yang perlu dilakukan sebelum pilihan raya akan datang ialah memenangi setiap pilihan raya kecil selepas Permatang Pauh yang dijangka bermula di Sanglang (Perlis) atau Kulim Bandar Baru. Jika BN terus gagal di Sanglang atau Kulim Bandar Baru, ia menandakan satu zaman yang semakin kelam bagi parti yang telah memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun itu.

Ketika hendak pulang ke Kuala Lumpur dari Badan Baru Perda pada kira-kira jam 11.00 pagi 27 Ogos, kami lihat bendera-bendera dan bahan kempen BN masih terpampang di merata jalan yang kami lalui. Hampir tiada langsung bahan-bahan kempen PKR yang kelihatan. Pasti telah diturunkan dengan pantas oleh para pekerja parti PKR pada malam hari pengundian.

Kenapa bahan-bahan kempen BN masih terpampang? Adakah akan dibuang hanya selepas arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan?

Apa pun, bagi kami suasana ini melambangkan keupayaan jentera pilihan raya PKR yang jauh lebih cekap dan pantas daripada UMNO dan BN dari segenap sudut. Mungkin ia hanya berlaku di Permatang Pauh. Tapi jika ia berterusan ke lain-lain tempat, ia menandakan zaman kemelesetan BN.

Kami singgah di Ipoh untuk makan tengah hari di sebuah kedai mamak yang dikenali sebagai `nasi ganja'. Ketika melalui kaki lima sebuah kedai, kedengaran dua orang lelaki Cina bercakap kuat mengenai sesuatu. Rakan saya seorang Cina Hokkien memahami apa yang mereka bualkan lalu berhenti untuk bertanya mengenai subjek percakapan mereka. Saya lihat salah seorang lelaki Cina itu membuka akhbar Kwong Wah Jit Poh dan menunjukkan kepada rakan saya itu satu laporan di muka dalam.

Kemudian si rakan saya itu menceritakan apa yang dibualkan oleh dua lelaki itu. Katanya, akhbar Kwong Wah melaporkan bahawa NTV 7 telah menyiarkan berita dalam bahasa Mandarin mengenai ketibaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di satu tempat di Permatang Pauh telah diejek oleh penyokong-penyokong Anwar dengan kata-kata dalam bahasa Inggeris ``The Mongolian Altantuya man is coming!''

Menurut rakan saya itu, salah seorang lelaki Cina itu telah memberikan komen yang menarik:`` Macam mana NTV 7 boleh siarkan berita macam itu mengenai Timbalan Perdana Menteri...siapa yang suruh?''

Di dalam kereta, saya dan rakan melanjutkan perbincangan mengenai ``siapa yang suruh NTV 7'' siarkan laporan yang menghina Timbalan Perdana Menteri. Berita Mandarin itu disiarkan pada malam sebelum hari pengundian Permatang Pauh. Apa tujuan laporan berkenaan?

Najib telah bersumpah sebanyak dua kali (dengan melafazkan nama Allah) menyatakan beliau sama sekali tidak mengenali dan mempunyai hubungan dengan Altantuya, tapi Anwar langsung tidak bersumpah untuk menafikan beliau pernah meliwat Mohd Saiful. Jentera pilihan raya BN di Permatang Pauh dikemudikan oleh Najib, tapi Anwar yang memperoleh kemenangan lebih besar.

Jika Pak Lah berundur daripada jawatan Perdana Menteri, Najib akan mengambil tempatnya dan akan terus berhadapan dengan Anwar. Walaupun telah dipersetujui peralihan kuasa hanya akan berlaku pada pertengahan 2010, SMS yang menuntut Pak Lah berundur lebih awal telah disebarkan selepas pilihan raya Permatang Pauh.

Jelaslah bahawa politik negara akan terus bergolak selepas Permatang Pauh. Mungkin ke paras bertambah gawat. Dan yang lebih meyedihkan, perang fitnah akan berterusan. - malaysiaaktif.com

Petikan dari www.malaysiaaktif.com

Bashir Ahmad
28 Ogos 2008

Monday, August 25, 2008

Mohon laknat di rumah Allah

NANA KE PERMATANG PAUH (9)
25 Ogos 2008


PADA kira-kira jam 4.15 pagi ini, Nana terkejut daripada tidur kerana air hujan tempias dari tingkap apartmen ke muka. Hujan lebat dan angin kuat menyebabkan tempias. Terpaksa Nana bangun dan menutup tingkap.

Baring kembali di atas tilam, Nana tidak boleh lelap semula kerana desiran angin di luar cukup kuat. Sejak berada di Permatang Pauh mulai 13 Ogos lalu, fenomena cuaca mulai berubah dari kering ke basah selepas penamaan calon pilihan raya kecil pada 16 Ogos. Hujan menjelang subuh dengan angin yang kuat pada awal pagi ini adalah luar biasa bagi Nana sejak berada di sini.

Sambil cuba melelapkan mata, otak terfikir apakah perubahan cuaca luar biasa ini satu isyarat dari Yang Maha Berkuasa mengenai sesuatu. Malam tadi di Masjid Bandar Baru Perda yang terletak kira-kira 300 meter dari apartmen penginapan Nana berlangsung majlis solat munajat anjuran Pakatan Rakyat untuk memohon kemenangan Anwar Ibrahim.

Solat munajat memohon restu Allah turut diadakan oleh pihak Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Arif Shah. Pendek katanya solat munajat di banyak masjid menjadi atur cara kempen terakhir kedua-dua pihak menjelang hari mengundi. Nana tidak menyertai mana-mana solat munajat kerana datang ke sini hanya sebagai pemerhati. Lagipun Nana mempunyai alasan sendiri untuk keberatan menyertai solat seumpama.

Di Masjid Bandar Baru Perda, apa yang berlangsung jelas boleh diikuti melalui pembesar suara. Selepas solat Maghrib ada ceramah. Salah seorang penceramah ialah Badrul Amin, ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam ucapannya di rumah Allah itu, Badrul memohon supaya Yang Maha Berkuasa melaknati Mohd Saiful yang melakukan sumpah mubahalah atas dakwaan Anwar meliwatnya. Jelas Badrul telah membuat kesimpulan bahawa Anwar tidak bersalah dan Saiful yang bersalah. Lantas beliau memohon dalam ucapannya supaya Saiful dilaknati.

Saudara Badrul, apakah Yang Maha Mengetahui tidak tahu siapa yang benar dan yang bersalah. Perlukah Badrul memberitahu Yang Maha Mengetahui apa yang lebih diketahui-Nya.

Pokoknya Saiful sudah bersumpah, tapi Anwar belum lagi dan ternyata sama sekali tidak akan berbuat demikian. Sumpah ini bukan boleh dibuat main-main. Di manakah letaknya akidah kita jika cuba menjadikan Allah Yang Maha Adil `rakan konspirasi.' Maha Suci Allah dari segala tindak-tanduk makhluk-Nya.

Jika Saiful melakukan pembohongan dengan membuat sumpah palsu, kononnya atas konspirasi, maka semua yang terlibat dalam konspirasi itu telah melakukan dosa yang amat besar. Nauzubillah!

Pada ketika ini, mana-mana pihak tidak layak menuduh Saiful melakukan sumpah bohong dan menjadi alat konspirasi. Apatah lagi untuk memohon Allah supaya melaknati si Saiful. Setelah Saiful bersumpah, janganlah kita komen apa-apa lagi kerana beliau sendiri sudah menyerahkan dirinya kepada hukum Allah.

Sebaliknya jika Badrul mahu berlaku adil kepada semua pihak, minta Anwar turut melakukan sumpah laknat. Selepas itu semua pihak boleh tutup cerita kerana perkara ini kita telah serahkan kepada Allah Yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Segala urusan perbicaraan di mahkamah yang akan bermula 10 September akan datang adalah `urusan dunia.' Yang lebih penting ialah bagaimana Anwar dan Saiful menghadap `mahkamah Allah.'

Esok para pengundi di Permatang Pauh akan memutuskan siapa yang layak menjadi Ahli Parlimen mereka. Belum tentu pergolakan akan reda kerana Anwar sudah mengumumkan hajatnya untuk melangkah ke Putrajaya yang dibina oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, orang yang memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Selepas ini akan ada beberapa lagi pilihan raya kecil. Selagi tidak tercapai hajat Anwar untuk ke Putrajaya, pergolakan politik bukan sahaja akan berterusan, malah kita tidak tahu kemuncaknya bagaimana.

Yang dibimbangi, gajah sama gajah berlawan, pelanduk yang jadi mangsa. Kita rakyat biasa yang akan menjadi mangsa kepada perebutan kuasa yang semakin sengit.

Pada fikiran Nana. jika Anwar tiada dalam senario politik ini, keadaan tidaklah seburuk sekarang. Ada orang bertanya, apakah tiada orang lain yang layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selain daripada gajah-gajah yang bertelagah sekarang.

Entahlah. Yang pasti, Nana akan kembali ke Kuala Lumpur selepas hari pengundian dengan terus mencari jawapan kepada banyak soalan. Dan Nana akan terus berdoa agar Allah s.w.t melindungi kita dan negara kita daripada bencana, huru-hara dan mala-petaka.

Saturday, August 23, 2008

Rahman atau Rahmaan?


NANA KE PERMATANG PAUH (9)
23 Ogos 2008
INI yang menjadi persoalan di muka depan akhbar Cina paling laris di Utara, Kwong Wah Yit Poh hari ini.
Penulis berkenaan melaporkan bahawa Anwar Ibrahim mendakwa bahawa ejaan sebenar ialah Rahmaan mengikut tajwid bacaan bahasa Arab.

Dalam ejaan rumi Bahasa Melayu, perkataan tersebut yang bermaksud (Tuhan) Yang Maha Pemurah sentiasa dieja Rahman.

Anwar beranggapan ia tidak betul, sepatutnya dieja Rahmaan (dua a)

Kenapa Anwar begitu beria-ia mahu mengubah ejaan Rahman kepada Rahmaan? Ia dikaitkan dengan kepercayaan sebilangan orang bahawa enam orang Perdana Menteri Malaysia mempunyai nama mengikut susunan huruf-huruf ejaan Rahman.

R ialah Tunku Abdul Rahman. A ialah Tun Abdul Razak. H ialah Tun Hussein Onn. M ialah Tun Mahathir Mohamad. A ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dan mengikut yang amat mempercayai teori tahyul ini, Perdana Menteri selepas Abdullah mestilah mempunyai nama yang bermula dengan huruf N.

Jika mengikut andaian umum sekarang, N ialah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Inilah yang mahu disangkal oleh Anwar melalui teori ejaan sebenar Rahman. Dalam interbiu ekslusif dengan Kwong Wah Yit Poh, Anwar menegaskan ejaan sebenar ialah Rahmaan.

Hujah beliau, yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Abdullah ialah Anwar. Maka itu ejaaan Rahman sepatutnya Rahmaan. Atau Anwar menjadi PM keenam dan giliran Najib hanya akan tiba selepasnya sebagai PM ketujuh.

Mahukah anda menerima pandangan Anwar ini? Dari segi hukum agama, janganlah percaya sangat. Hanya orang Cina yang lebih mempercayai perkara begini. Tapi jika kita menyanggah kuat kepercayaan Anwar itu, beliau pasti membawa Gus Dur sekali lagi ke Malaysia untuk menyokong kepercayaannya. Dan Gus Dur akan mencari dalil-dalil untuk menyokong kepercayaan Anwar sehingga ke Khutub Utara atau ke laut yang paling dalam di Filipina.

Masyaallah! Sampai begitu sekali Anwar mengidam menjadi Perdana Menteri Malaysia. - malaysiaktif.com

Blair, Gus Dur dan Estrada rakan Anwar


NANA KE PERMATANG PAUH (8)
23 Ogos 2008
HAMPIR di setiap ceramah, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti menyebut nama-nama pemimpin asing yang menurutnya memberi sokongan kepada beliau dalam usahanya memenangi hati pengundi di Permatang Pauh.

Antara nama yang disebut ialah bekas Presiden Indonesia Gus Dur atau Abdurrahman Wahid, bekas Presiden Filipina Joseph Estrada, ulama terkenal Yusof Qardhawi dan yang terbaru beliau mengaitkan bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair kononnya turut menyokongnya.

Di ceramah-ceramah di kawasan Pas, Anwar akan mendakwa bahawa beliau mempunyai hubungan rapat dengan ahli-ahli perniagaan Arab yang kaya raya. Namun beliau tidak pula mendedahkan nama mereka.

Tujuan Anwar menyebut nama-nama pemimpin tersebut ialah untuk menununjukkan bahawa beliau mempunyai ketokohan di peringkat antarabangsa. Tiada pemimpin lain di Malaysia yang menjadi `darling' masyarakat antarabangsa seperti Anwar.

Betapa Gus Dur telah datang ke Malaysia atas jemputan Anwar untuk mempertahankan bahawa beliau yakin ``Anwar tidak bersalah'' atas tuduhan meliwat Mohd Saiful.

Siapa ini Gus Dur? Bekas Presiden Indonesia dan Ketua kumpulan Nahtadul Ulama Indonesia yang pernah menggesa negara tersebut agar menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, negara yang paling dibenci oleh umat Islam sedunia. Hanya Amerika Syarikat yang sayangkan Israel. Sebabnya Israel adalah negara proksinya untuk menggertak, mengancam dan menundukkan negara-negara Arab.

Gus Dur berijazah pengajian Islam, tetapi beliau dianggap seorang yang liberal terhadap ajaran agamanya.

Siapa Joseph Estrada? Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa bekas Presiden Filipina dan aktor terkenal negara tersebut akhirnya didapati bersalah atas tuduhan rasuah. Dia dibebaskan atas pengampunan Presiden Aquino Corazon. Dan kita juga patut tahu bahawa Filipina adalah antara negara dunia yang rapat Amerika, pelindung Israel.

Bagaimana pula Tony Blair? Bekas Perdana Menteri Britain adalah sahabat politik Presiden George Bush. Mereka berganding tangan untuk menuduh Presiden Saddam Hussein menyimpan senjata pemusnah besar-besaran. Tuduhan itu digunakan untuk mewajarkan Amerika dan Britain menyerang Iraq dan mengorbankan beratus-ratus ribu nyawa orang Islam yang tidak berdosa.

Kini Iraq terus berada dalam keadaan kucar-kacir dan huru-hara. Umat Islam Iraq akhirnya berbunuh-bunuhan sesama sendiri kerana berbeza mazhab. Tentera Amerika dan sekutunya Britain masih berada di sana untuk memastikan negara tersebut tidak jatuh ke tangan puak yang memusuhi mereka seperti Saddam.

Akibat penglibatannya dalam perang terhadap Iraq, Blair terpaksa bersara selepas menerima kritikan hebat daripada sebilangan besar rakyat Britain, termasuk ahli-ahli Parti Buruh pimpinanya. Kini rakyat Britain sentiasa dalam ketakutan kerana takutkan serangan balas militan Islam. Segalanya gara-gara tangan Blair yang berdarah.

Inilah sahabat-sahabat Anwar. Bekas-bekas pemimpin negara yang berundur dengan meninggalkan rekod buruk. Pemimpin-pemimpin yang akrab dengan Amerika dan suka berbaik-baik dengan Israel. Pemimpin yang turut menyebabkan kematian sejumlah besar umat Islam.

Bukan sekadar itu sahaja, malah jika anda ke markas kempen PKR di Permatang Pauh, anda akan melihat kakitangan media Barat sentiasa berada di sana untuk mendengar cakap Anwar dan menjadikannya berita antarabangsa.

Kenapa media Barat lebih sukakan Anwar daripada pemimpin-pemimpin politik lain di Malaysia, sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia? Ini turut menjadi persoalan bagi para pengundi Permatang Pauh. - malaysiaaktif.com

Friday, August 22, 2008

Anwar semakin bimbang


NANA KE PERMATANG PAUH (7)
22 Ogos 2008

MALAM tadi hujan lebat lagi. Cuaca dingin dan nyaman di Permatang Pauh berlarutan hingga ke lewat pagi dan barangkali sepanjang hari. Diharap cuaca nyaman ini akan berterusan ke hari pengundian pada 26 Ogos setelah panas agak lama. Barangkali Yang Maha Mengetahui mahukan 58,449 pengundi di kawasan Parlimen ini mengambil kesempatan daripada perubahan cuaca untuk berfikir dengan kepala dingin.

Berfikir dengan kepala dingin untuk memilih siapa yang layak dipangkah antara calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim atau calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah.

Sepanjang tempoh berkempen, para pengundi telah mendengar pelbagai hujah dan serangan terhadap lawan dalam pelbagai bentuk. Pelbagai cerita telah disebarkan menyebabkan sebilangan besar pengundi dalam kebingungan. Mereka ini adalah golongan atas pagar yang dianggarkan agak ramai, sekitar 20-30 peratus daripada jumlah pengundi.

Golongan penyokong tegar kedua-dua pihak memang sudah membuat pendirian sebelum kempen bermula. Apa jua yang didengar dan dilihat tidak akan mengubah pendirian mereka. Jika pun ada yang terpengaruh dengan kempen pihak lawan, bilangannya tidak besar.

Ketika Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Permatang Pauh, banyak orang berkata bahawa tiada siapa yang boleh menewaskan Anwar yang menjadi ahli Parlimen kawasan ini sejak 1982 sehingga beliau didapati bersalah atas tuduhan meliwat dan rasuah. Selepas ketiadaan Anwar, isterinya Wan Azizah mengambilalih sejak pilihan raya 1999 hingga 2008.

Dalam tiga pilihan raya itu, Wan Azizah memperoleh majoriti 9,077 undi (pilihan raya 1999), 590 undi (2004) dan 13,388 undi (2008). Majoriti yang Wan Azizah peoleh sedikit sebanyak menjadi ukuran kepada kekuatan pembangkang dan BN pada setiap pilihan raya itu.

Pada 1999, ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, BN berada dalam keadaan defensif selepas penyingkiran Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, kabinet dan keahlian dalam UMNO. Mahathir yang telah berkhidmat hampir 20 tahun ketika itu juga berada di hujung kariernya. Faktor Anwar yang menghakiskan populariti Mahathir dan BN, khususnya UMNO sehingga mereka kehilangan negeri Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun apabila Mahathir melepaskan jawatan PM kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) pada 2003, BN tampil ke pilihan raya 2004 dalam suasana yang berbeza. Selain menawan semula Terengganu, BN juga mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Hanya Azizah yang memenangi satu-satunya kerusi Parlimen bagi PKR. Jumlah majoriti 590 undi menunjukkan betapa kubu Anwar pun boleh tergugat.

Senario 2008, sebagaimana yang umum sangat ketahui, mencatatkan keputusan pilihan raya umum yang paling buruk bagi BN. Wan Azizah memperoleh majoriti 13,388 undi yang jauh lebih besar daripada 1999.

Apakah pilihan raya kecil Permatang Pauh kali ini akan bernaung di bawah bayangan 2008 atau 2004 atau 1999? Pada hari penamaan calon pada 16 Ogos, ramai yang meramalkan bahawa BN lansung tidak mempunyai peluang untuk mengalahkan Anwar kerana kawasan ini adalah kubunya.

Bagaimanapun Anwar sendiri dalam berhempas pulas untuk menjadi Perdana Menteri pada `16 September 2008' telah memilih untuk bertanding di Permatang Pauh walaupun pada mulanya beliau telah mencanangkan kawasan Kulim Bandar Baharu dan Bandar Tun Razak. Pemilihan Permatang Pauh dilihat oleh banyak orang sebagai tanda `kekhuatiran.'

Anwar khuatir karier politiknya akan berakhir apabila bekas pembantunya Mohd Saiful membuat aduan kes liwat kepada polis. Kes Saiful menjadi hantu yang menakutkan Anwar dalam pilihan raya kecil ini. Saiful telah membuat perakuan mubahalah dia diliwat dan mencabar Anwar menafikannya dengan sumpah yang sama.

Atas sebab-sebab yang Anwar sahaja ketahui, beliau masih enggan melakukan sumpah mubahalah dengan memberikan alasan bahawa itu bukan cara Islam. Pemimpin-pemimpin Pas termasuk Datuk Seri Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz berada di belakang Anwar. Sebabnya jelas kerana jika Anwar `tumbang' kerana pengakuan Saiful, Pakatan Rakyat yang Pas sertai bersama DAP juga akan tumbang.

Namun dolak-dalih Anwar masih tidak diterima oleh sebilangan pengundi di Permatang Pauh. Beliau hanya boleh menghapuskan keraguan mereka dengan turut bersumpah menafikan sumpah Saiful. Jika beliau tidak bersumpah, para pengundi yang berada di atas pagar khususnya akan membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah. Sebab itu beliau mengelakkan diri daripada bersumpah.

Lantaran itu, spekulasi kini tersebar luas di Permatang Pauh bahawa Anwar pada akhirnya akan memilih jalan untuk bersumpah.

Dalam masa yang sama pelbagai cerita mengenai peribadi Anwar dijadikan bahan kempen khususnya oleh bekas-bekas rakan politik beliau seperti Ezam Mohd Noor, Roslan Kassim dan beberapa orang lagi. Mereka turun ke gelanggang kempen setiap hari untuk melaungkan bahawa `Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.'

Oleh kerana mereka ini adalah orang-orang yang sangat rapat dengan Anwar dan menjadi hulubalang dalam kempen Reformasi untuk membebaskannya dulu, sebilangan pengundi mulai meragui kredibiliti Penasihat Umum PKR itu.

Mereka ini telah berkorban untuk Anwar dengan meninggalkan anak isteri serta mengabaikan kerjaya, tapi apabila orang yang mereka sokong dan perjuangkan itu dibebaskan, mereka telah diketepikan daripada arus politik baru PKR. Ada yang langsung tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada Anwar.

Kecuali Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Anwar kini dikelilingi lebih ramai oleh orang-orang yang `datang kemudian' termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa orang personaliti India yang sangat menonjol dalam parti itu hinggakan kawan lama Anwar, Nallakurapan turut diketepikan.

Sedang Anwar bergelut dengan isu sumpah Saiful, muncul pula tamparan baru terhadapnya yang datang dari Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin dengan tuduhan bahawa Anwar pernah menggoda isterinya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu.

Walaupun pendedahan Hamzah hanya disiarkan dalam dua akhbar Cina (Nayang Siang Pau dan Kwong Wah Yit Poh), Anwar yang tertekan dengan isu sumpah Saiful semakin gelabah (meminjam kata orang Utara) lalu memfailkan saman malu dan menuntut gantirugi RM10 juta.

Sebaliknya Hamzah tidak berganjak dan mencabar Anwar meneruskan saman terhadapnya.

Perkembangan terbaru menunjukkan bahawa Anwar sangat khuatir dengan isu sumpah Saiful dan dakwaan Hamzah yang pasti akan mempengaruhi pengundi-pengundi atas pagar terutama orang-orang Melayu. Ia juga menggugat keyakinan para penyokong Pas sama ada mahu terus menyokong Anwar.

Banyak risalah kempen yang diedarkan bersifat jawapan balas Anwar terhadap cabaran Saiful. Ini membuktikan betapa bimbangnya Anwar terhadap isu Saiful.

Ramai pemerhati politik di Permatang Pauh melihat bahawa peluang Anwar untuk menang tidaklah semudah yang diharap dan diduga. Para pengundi mulai berfikir apakah mereka perlu menyokong seorang `bakal Perdana Menteri' yang diragui akhlaknya. - malaysiaaktif.com

Thursday, August 21, 2008

Cerita-cerita peribadi Anwar menghantui Permatang Pauh

NANA KE PERMATANG PAUH (6)
21 Ogos 2008

Akhbar Cina Nanyang Siang Pau hari ini melaporkan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin mengulangi dakwaannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah `menggoda' isterinya pada 1998.

Katanya, pada masa itu beliau masih berkawan baik dengan Anwar yang sudah pun menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada masa itu, Hamzah adalah Ketua Bahagian Ipoh Barat.

Menurut seorang teman Nana yang mengenali Hamzah, bekas Pengerusi Felcra itu pernah menceritakan kepadanya tentang perbuatan Anwar menggoda isterinya.

Hamzah menceritakan, selepas tidak tahan lagi dengan perbuatan Anwar, beliau telah menemui (Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu.

Menurut apa yang diceritakan oleh teman Nana itu, Hamzah telah memberitahu Dr. Mahathir bahawa tujuan beliau membawa cerita Anwar menggoda isterinya hanyalah kerana tidak mahu ``seorang penggoda isteri orang menjadi Perdana Menteri.''

Kemudian Hamzah menjadi saksi dalam perbicaraan kes Anwar dan pada tahun 2000 dilantik menjadi Pengerusi Felcra sehingga 2006. Sekarang beliau adalah Ahli Parlimen Larut.

Pihak Anwar telah menjawab pendedahan Hamzah dengan mendakwa bahawa apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hamzah dikatakan telah dengan sengaja menyuruh isterinya menggoda Anwar dengan tujuan mendapatkan `projek.' Ketika itu Hamzah adalah ahli perniagaan.

Kononnya Anwar tidak mahu melayan karenah, menyebabkan Hamzah bertindak balas dengan membuat cerita bahawa isterinya yang digoda.

Siapa yang benar hanya Allah yang tahu. Cerita-cerita begini tentulah menjadi bualan di kalangan masyarakat Melayu.

Di kalangan masyarakat Cina lain pula. Mereka disogokkan cerita kononnya calon BN Datuk Arif Shah dituduh terlibat dengan skendal PSV Sdn Bhd, syarikat abangnya Datuk Amin Shah yang gagal membina kapal-kapal TLDM bernilai RM24.3 bilion. Cerita ini disebarkan dalam bahasa Mandarin melalui SMS.

Cerita itu menjadi isu di kalangan orang Cina. Ini mendorong bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sr Koh Tsu Koon untuk menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim jug ada kaitan dengan syarikat Amin Shah.

Menurut The Star semalam:

BUTTERWORTH: Datuk Seri Anwar Ibrahim intervened in a share purchase deal of a state-owned company 10 years ago resulting in the state suffering a loss of RM9mil.

Former chief minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said Business Focus Sdn Bhd (BFSB) bought the shares of Penang Shipping Corporation, which was owned by the Penang Development Corporation, for RM29mil.

BFSB however could not pay up on time and Anwar, who was deputy prime minister and finance minister at that time, asked the state government to extend the payment period.

The company ultimately only paid up RM20mil.

"When the company first defaulted in 1998, we wanted to take action but Anwar intervened. He asked us to bagi (give) chance because of the economic crisis.

"He said the company would be getting contracts from the Government and more businesses, so they would be able to pay," Dr Koh told a press conference at a hotel in Seberang Jaya yesterday.

Sudah tentulah Anwar menafikan kenyataan Koh itu. Siapa yang mahu mengaku, apatah lagi jika pertaruhannya sangat besar iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Tapi orang ramai mulai bertanya. Mengapa terlalu banyak cerita buruk mengenai Anwar? Sukar untuk mempercayai Anwar terlibat dengan itu dan ini kerana imej yang beliau paparkan di khalayak umum ialah seorang yang bersih dan warak. Boleh jadi imam dan baca kutbah.

Dalam masa yang sama pelbagai cerita buruk yang mereka dengar. Adakah semuanya itu fitnah belaka?

Ada juga yang berhujah, kenapa cerita-cerita yang sama tidak pernah dilemparkan terhadap Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang yang menjadi musuh UMNO sekian lama? Mereka langsung tidak pernah dikaitkan dengan soal salah laku akhlak dan rasuah.

Begitu juga dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Walaupun mereka bukan Islam, tidak pernah kita dengar cerita-cerita seumpama yang dikaitkan dengan mereka.

Inilah persolan yang menghantui para pengundi Permatang Pauh.

Tuesday, August 19, 2008

Perang serangan peribadi calon memuncak

NANA KE PERMATANG PAUH (5)
19 Ogos 2008

SETELAH beberapa hari berada di Permatang Pauh dan hari pengundian semakin hampir, Nana melihat kempen serangan peribadi semakin meningkat.


Contohnya serangan terhadap calon BN, Arif Shah mengaitkannya dengan abangnya Amin Shah yang diisytiharkan bankrap pada tahun lalu ekoran kegagalan projek pembinaan kapal-kapal TLDM bernilai RM24.3 bilion.
Fitnah dilemparkan terhadap Arif Shah melalui SMS kononnya beliau terlibat sebagai pengarah.

Arif Shah telah menafikan terlibat secara langsung dengan syarikat abangnya PSC Industries. Katanya, beliau tidak terlibat secara lansung dengan mana-mana syarikat milik anggota keluarganya dan tidak pernah menjadi ahli lembaga pengarah.

Katanya, beliau hanya pernah dinamakan sebagai pengarah mengikut keadaan tertentu bagi membolehkannya menerima elaun untuk membiayai kegiatan politiknya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan polis dibuat terhadap Arif Shah oleh penyebar-penyebar fitnah itu. Dan tiada juga sebarang aduan lain mengenai apa jua tuduhan terhadapnya.


Lain pula dengan Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat ekoran laporan Mohd Saiful. Polis telah menyiasat dan perbicaraan kesnya akan bermula pada 10 September depan.

Tuduhan terhadap Anwar diperkuatkan lagi dengan akuan bersumpah mubahalah Mohd Saiful beserta cabarannya supaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut bersumpah menurut cara Islam.

Setakat ini Anwar bermati-matian cuba mengelakkan bersumpah. Langkah terbarunya ialah membawa Gus Dur, bekas Presiden Indonesia dan pemimpin Nahdatul Ulama ke Kuala Lumpur untuk menyatakan bahawa bersumpah dengan Quran bercanggah dengan ajaran Islam.

Gus Dur tidak pula menyebut dalam ayat Quran mana atau hadis mana yang melarang bersumpah dengan Quran.


Kesimpulannya, Anwar tidak mahu bersumpah dengan Quran atas sebab-sebab yang hanya beliau dan Allah s.w.t tahu. Ini mendedahkan beliau kepada serangan yang berterusan berhubung kes aduan Saiful.

Setakat membawa Gus Dur dan meminta bantuan Haji Hadi Awang tidak mencukupi untuk menepis serangan terhadap dirinya. Beliau hanya boleh menepis dengan bersumpah seperti Saiful.

Monday, August 18, 2008

Hujan lebat pendingin hati yang panas

NANA KE PERMATANG PAUH (4)
18 Ogos 2008

KETIKA Nana menulis catatan ini pada jam 10.30 pagi, hujan turun lebat dan langit gelap saujana pandangan menandakan bumi Permatang Pauh akan basah sepanjang hari. Sejak berada di sini, cuaca sentiasa panas dan berhabuk, kecuali pada hari ini dan penamaan calon pilihan raya kecil.

Menjenguk ke luar tingkap, nampak tanda-tanda kemungkinan hujan akan berlarutan sepanjang hari.

Hujan adalah rahmat, tapi rahmat untuk siapa? Mudah-mudahan ia akan menyejukkan suasana kempen yang semakin panas. Semoga pilihan raya kecil ini berjalan lancar tanpa insiden yang menggugat ketenteraman.

Pada hari penamaan calon, suasana agak panas tapi dapat dikawal oleh kehadiran polis yang sangat ketara. Bala tentera Pakatan Rakyat yang turun besar-besaran termasuk dari Sabah dan Sarawak telah menjadikan hari tersebut satu pesta untuk mengejek dan mencemuh para penyokong Barisan Nasional yang lebih kecil bilangan.



Para penyokong BN yang dihina dan dicela pasti menyimpan rasa marah yang membara. Sebilangan penyokong wanita diraba, termasuk puteri-puteri UMNO. Ada pakaian puteri UMNO yang koyak-rabak, mangsa tangan-tangan buas para penyokong PKR.

Kenapa puteri-puteri UMNO menjadi sasaran? Sebabnya mereka dilihat sebagai jentera kempen BN yang sangat berkesan dengan taktik dan cara yang tidak ortodoks.

PKR menyedari kekuatan Puteri UMNO, lalu menubuhkan Seri Mawar untuk beradu kekuatan. Puteri Mawar dilancarkan di Permatang Pauh pada malam 15 Ogos 2008, ambang hari penamaan calon. Ketuanya ialah Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim.

Ada perumpamaan Inggeris yang berbunyi ``hell has no wrath like a woman scorned.’’
Maksudnya ``kemarahan api neraka tidak boleh menandingi kemarahan wanita yang dicerca.’’

Betapa jika puteri-puteri UMNO yang dihina bertembung dengan kuntum-kuntum Seri Mawar ini.

Harapan Nana semoga Yang Maha Pengampun dan Pemberi Rahmat akan terus menurunkan hujan di Permatang Pauh agar menyejukkan hati-hati yang semakin panas.

Sunday, August 17, 2008

Syaitan ketawa berdekah di penamaan calon

NANA KE PERMATANG PAUH (3)

Nana turut berada di Institut Perguruan Tuanku Bainun, lokasi penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008. Sebagaimana yang akhbar laporkan, Nana turut menyaksikan gelagat para penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengejek dan mencemuh penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN).

Tidak perlulah diulangi apa kata-kata kesat, lucah dan menghina yang mereka hamburkan.

Menurut laporan akhbar, ada penyokong wanita yang diraba dan ada wartawan dan jurugambar NST yang diserang. Pengarang-pengarang akhbar kenalah ambil iktibar. Lain kali janganlah benarkan petugas-petugas anda menaiki kenderaan yang memaparkan dengan `gah’ nama akhbar dan syarikat akhbar anda jika mereka bertugas di tempat-tempat seumpama.

Semasa kacau-bilau Reformasi pada 1998, sebuah kenderaan yang membawa wartawan Utusan Malaysia juga diserang di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Batu bata dibaling, tapi nasib baik tidak kena cermin kenderaan. Kenderaan tersebut juga mempamerkan logo Utusan Malaysia.

Kita kena faham tentang perangai manusia apabila beramai. Yang pengecut jadi berani, yang kononnya warak pakai kopiah juga lupa Tuhan dan yang waras mudah jadi gila.

Nasib baiklah penyokong BN tidak seramai penyokong PR. Jika sama ramai, atau hampir sama, pasti berlaku pergaduhan besar.

Atau mungkin juga mereka tidak berani diejek jika jumlah kehadiran sama kuat.

Nana cukup kasihan melihat para penyokong BN yang diejek dan dicerca. Mereka berjalan-jalan cepat-cepat melalui lautan penyokong PR dengan tunduk kepala. Ada yang membawa bendera, tapi langsung tidak dikibar kerana ketakutan.

Sebilangan penyokong PR bukan sahaja mencerca, tapi menjajakan wang kertas kepada mereka seolah-olah mereka `boleh dibeli’ dengan duit. Ada yang menghulurkan wang kertas RM5, RM10…malah ada yang meletakkan wang kertas RM50 pada hujung joran kail untuk disua-sua kepada muka penyokong BN.




Dalam keadaan begini tidaklah mustahil jika ada penyokong wanita BN yang diraba. Tidak mustahil kerana yang datang bukan orang-orang yang baik belaka. Dalam keadaan begini, syaitan akan ketawa berdekah-dekah kerana begitu mudah dapat menghasut dan menjolok nafsu buruk mereka.



Nasib baik jugalah pasukan polis cukup bersedia mengawal sebarang kemungkinan. Kehadiran mereka yang cukup ketara, dengan beberapa helikopter berputar-putar di ruang udara dan unit pencehag rusuhan bersiap-siaga, menjadi amaran yang cukup jelas kepada sesiapa yang mahu menggugat ketenteraman.

Kecoh di Permatang Pauh.




Apa hal kita nak buat gaduh..(laporan Utusan) adakah sudah menjadi budaya geng2 yang kononnya bakal nak memerintah negara. Maka mungkin kehancuran negara Malaysia ini jika mereka memerintah, minta-minta jauhkan lah dari mala petaka.
Seruan buat warga Permatang Pauh...pilihan calon yang terbaik dan boleh melaksanakan kerja .

Di khabarnya Calon BN Arif Shah bersikap rendah diri semasa kempen di Tanah Liat, Permatang Pauh hanya bercakap sepatah dua dan menawarkan diri untuk berkhidmat kepada pengundi2 Parlimen Permatang Pauh walaupun beliau tidak terpilih dalam pilihan raya ini.
Beliau mengakui hubungan rapat beliau dengan Perdana Menteri (Pak Lah) akan membolehkan warga Permatang Pauh merasai arus perubahan.

Yang menarik juga , saya hairan mengenai tuduhan liwat terhadap calon PKR Anwar Ibrahim, ramai pihak menyokong tindakan beliau ,malah parti yang berteraskan Islam PAS juga menyokong (laporan bernama), namum mantan PM ,Mahathir jelas meminda Anwar bersumpah yang nyata jika bersumpah akan menyelesaikan segala perungkaian masalah (lihat star).

fikir-fikirkan warga Permatang Pauh..

Saturday, August 16, 2008

Mak Oii Sesaknya Permatang Pauh

.. Ha tengok tu jalan sesak teruk lebih dekat 3 km no.. Memang teruk rasa2 seluruh negara punya plet kerete ada kat sini, dari Sabah sampai Perlis noo.



Semua ni gara-gara kononnya bakal Perdana Menteri nak pilih kat sini, namum perkara ini di nafikan sekeras-keras oleh TPM ( laporan Bernama)
Biar apa pun janganlah kita cepat melatah ,harap warga permatang pauh fikir dan buat pilihan dulu.
Tapi yang pelik ni yang dok kata bakal PM ni tak nak bersumpah (laporan )
apa-apapun kita tunggu dan lihat noo... nanti Nana bagi laporan..

Friday, August 15, 2008

Permatang Pauh Bakal sesak esok...

Amboi2 nana seronok jalan noo.... biar apa pun Nana kena ingat patuh arahan polis bila berada di Permatang Pauh (Laporan Bernama) . Maklumlah esok bakal menyaksikan membuat mencalonkan diri mereka untuk bertanding di pilihan raya kecil Permatang Pauh P044 .Ni nak bagi tau Nana , khabarnya Ariff ni bersedia jadi kuli..(laporan Utusan) apa cerita anda baca la sendiri laporan tu.


Kalu sapa tak kenal Arif Shah lihat gambar bawah...ceria nampak tu.. Nak ajak Nana esok pergi tengok proses pencalonan. Harap-harap jangan la berlaku huru hara tau, kecian Nana nanti...

Ipoh bandar Nik Aziz

Nana Ke Permatang Pauh (2)

ESOK hari penamaan calon Permatang Pauh. Biasanya, kempen bermula selepas calon-calon dinamakan. Barulah poster dan pemidang dipasang. Tapi nampaknya sekarang tidak lagi begitu.

Berlepas dari Kuala Lumpur, Nana dan seorang teman berkereta melalui Selangor, Perak dan Kedah untuk ke Permatang Pauh di Pulau Pinang. Kesemuanya negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat selepas PRU 2008.

Tiba di Ipoh, kami singgah makan tengah hari di kedai mamak `nasi ganja.’ Kenapa dipanggil nasi ganja? Di kaki lima kedai mamak itu kelihatan kira-kira 10 orang berbaris menunggu giliran. Jam di tangan menunjukkan lima minit sebelum pukul 2.00 petang. Biasanya ketika itu pelanggan sudah beransur reda kerana waktu makan tengah hari sudah berakhir. Tapi tidak di kedai `nasi ganja.’ Entah apa resipinya. Sekali `kena’ pasti hendak datang lagi.

Okeylah, yang Nana hendak ceritakan bukan fasal `nasi ganja.’ Yang mahu diceritakan ialah banyaknya pemidang-pemidang melintang dan menegak berwarna hijau dan berlambang bulan di tepi jalan yang kami lalui di Ipoh.

Gambar wajah Nik Aziz dan Haji Hadi Awang jelas terpampang. Ini kawasan DAP, kenapa begitu banyak gambar wajah dua tokoh Pas itu? Barulah kami sedar bahawa muktamar tahunan Pas kali ini diadakan di Ipoh. Oleh kerana Menteri Besar Perak adalah orang Pas, kesempatan diambil untuk mempromosi parti itu di negeri yang majoriti orang Melayunya menyokong UMNO.

DAP tak kisah sangat dengan kempen Pas itu. Mereka sekarang adik beradik. Lu tolong gua, gua tolong lu. Lu mahu pakai serban, pakailah. Tapi jangan paksa kami pakai serban cukuplah.

Untuk menyerlahkan ikatan persaudaraan tidak seagama ini, apa kata DAP mengambil kesempatan untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka di Kota Bharu pula. Pasang gambar besar Kit Siang dan Karpal Sing di bulatan jam besar dan bulatan kijang. Lagi suka orang-orang Cina di Kelantan kepada Pas.

Di Ipoh, Pas bukan sahaja ambil kesempatan untuk mengadakan muktamar dan mempamerkan gambar-gambar pemimpin mereka di tempat strategik, tapi mereka juga cuba menampilkan Nik Aziz dan Haji Hadi ke mimbar khutbah Jumaat pada hari ini di Masjid Sultan Idris Shah II (masjid negeri) dan Masjid Sultan Azlan Shah di Institut Tadbiran Islam Perak.

Malangnya limpah perkenan Raja Muda Perak yang pada mulanya sudah diperoleh, pada saat-saat akhir telah dibatalkan. Tiada pengumuman rasmi sebab-sebab pembatalan.
Namun keputusan itu dianggap amat betul. Jangan beri peluang kepada orang-orang politik naik ke mimbar. Jika tidak bercakap secara langsung hal politik, secara kias mereka boleh selitkan mesej politik mereka. Peliharalah kesucian agama Islam daripada dinodai oleh orang politik.

Lagipun, jika diteruskan, akan ada orang-orang Melayu Perak yang berkata:``Apa ke hal ni Yob…teruk sangatkah negeri kita sampai khutbah pun nak disampaikan oleh orang negeri lain.’’

Dari Ipoh perjalanan kami diteruskan ke Pulau Pinang. Masuk ke kawasan Permatang Pauh, kami lihat pemidang-pemidang dan poster PKR sudah banyak dipasang di tepi jalan. Khabarnya ceramah-ceramah pun sudah berjalan beberapa hari.

Nampaknya suasana selepas pilihan raya umum 8 Mac tidak lagi seperti dulu. Pakatan Rakyat terus berkempen sepanjang masa sekalipun di negeri-negeri yang mereka kuasai. Pakatan Rakyat masih menjadikan politik sebagai agenda utama harian mereka.

Mahu ke mana Malaysia? Tidak letih dan muak dengan politik. Segalanya kerana ada orang terlalu gila untuk menjadi Perdana Menteri.


Nana ke Permatang Pauh
15 Ogos 2008

Thursday, August 14, 2008

Panggilan Permatang Pauh

Nana ke Permatang Pauh

Salam buat warga Permatang Pauh. Setelah sekian lama, Nana melepak di Kuala Lumpur, tergerak hati untuk makan angin ke Tanjung sambil menjenguk Permatang Pauh.

Pulau Pinang memang hebat. Sesiapa sahaja yang melalui Lebuh Raya PLUS boleh nampak kehebatan fizikal. Selepas saja melepasi tol Juru, kita sudah merasai ketandusan panorama hijau yang sebelumnya mewarnai sepanjang perjalanan. Di kini kanan lebuh raya bangunan batu menukar landskap pokok-pokok hijau.

Untuk ke Permatang Pauh, Nana ikut panduan jurukutip wang tol. Sebelum memasuki simpang ke Bukit Mertajam dan ke Permatang Pauh, Nana melewati Auto City. Walaupun Butterworth masih jauh sesiapa sahaja dapat melihat bahawa sebahagian besar negeri Pulau Pinang sudah menjadi kawasan kota atau kata orang putih, kawasan urban.

Bertuah betul Pakatan Rakyat. Ibarat pengantin perempuan masuk rumah yang sudah lengkap. Hanya perlu basuh kaki saja. Segalanya telah disediakan oleh Barisan Nasional (BN). Memang kita tidak boleh nafikan bahawa BN adalah arkitek pemodenan Malaysia. Mereka cekap merancang pembangunan negara.

Pakatan Rakyat dapat memerintah lima negeri ketika hampir segalanya sudah disediakan oleh BN, terutama di Pulau Pinang dan Selangor. Apakah Pakatan Rakyat boleh berbuat lebih baik lagi?

Setakat ini di Selangor, projek paling ketara yang telah dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat kemudian PKR ialah air percuma bagi 20 meter padu pertama.

Projek kedua yang lebih ketara ialah untuk membuka 10 peratus kuota pelajar UiTM kepada bukan bumiputera. Yang mencadangkan projek ini ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, orang kuat PKR. Tidak perlulah kita bahas mengenai reaksi bumiputera terhadap cadangan Khalid ini kerana kira-kira 5,000 pelajar UiTM telah berarak membantah.

Cuma yang Nana ingin catatkan ialah syor Khalid itu menyerlahkan lagi pendirian politik PKR dan Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam kekalutan untuk mendapatkan dan menjamin sokongan berterusan bukan Melayu terutama DAP, pelbagai lagi mereka akan dan sanggup buat.

Sambil terus memandu ke Permatang Pauh, Nana menggaru kepala memikirkan hal ini. Betapa jika andainya Pakatan Rakyat memerintah dan Anwar menjadi Perdana Menteri. Entah apa yang mereka akan lakukan terhadap orang Melayu untuk menggembirakan bukan Melayu.

Sampai di sini dulu tulisan Nana. Kisah perjalanan ke Permatang Pauh dan Tanjung (George Town) akan disambung lagi. Jangan lupa hari pembuangan undi pada 16 Ogos semakin dekat. Ketemu lagi setiap hari di ruangan ini sepanjang Nana berada di Penang.

Monday, August 11, 2008

Anwar akui laluan sukar di Permatang Pauh?..

Samada kenyataan Anwar Ibrahim ini (laporan bernama)adalah satu bentuk perang saraf untuk menagih simpati rakyat dan menyampaikan mesej tertentu. Tapi warga Permatang Pauh mungkin belum merasa bahang sebenar mungkin lebih banyak lagi berita menarik akan dilaporakan oleh media arus perdana atau media baru. Kita harus menilai kesahihan berita tersebut.

Dilaporkan hampir terdapat 23,500 dari jumlah pengundi Parlimen Permatang Pauh adalah berumur dibawah 40 tahun. Pastinya semua pihak samada BN atau pakatan rakyat akan berusaha untuk menarik pengundi-pengundi ini untuk menyokong pilihan mereka.

Laporan Star mengatakan bahawa PAS telah besiap sedia menyokong calon PKR itu. Malah pengerusi BN Pulai Pinang juga bersiap sedia mengatur mengorak langkah (laporan Berita Harian ) malah BN juga akan memastikan untuk menurun calon terbaik menentang Anwar ,BN yakin mereka akan menurunkan calon sesuai bila tiba masanya (laporan Bernama)

Hanya warga Permatang Pauh dapat menilai yang mana intan dan yang mana kaca, mungkin kesilapan lampau banyak memberi kesan kepada kita tetapi kita berhak mengubah dan membina jaringan yang positif tanpa mengadaikan keamanan negara Malaysia yang kita cintai.

Thursday, August 7, 2008

Calon Pilihan Raya Permatang Pauh Didakwa.

Anwar Ibrahim hari ini didakwa atas tuduhan liwat (laporan Utusan). Bakal calon Permatang Pauh ini sekeras-kerasnya mengatakan tuduhannya itu hanya untuk menjatuhkan politik beliau dan menyatakan hanya untuk menyekat beliau dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh (laporan Star)

Namum pertuduhan ini tiada kaitan langsung dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh malah sekeras-keras dinafikan oleh Perdana Menteri ,Pak Lah (laporan Utusan ),kita perlu ingat pertuduhan liwat dibuat dahulu oleh pembantu Anwar dan selepas itu baru kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan. ini adalah dua perkara berbeza yang perlu kita faham.

Jika kerajaan betul-betul mahu menjatuhkan Anwar takkan dibiarkan beliau diikat jamin (laporan bernama) ("Langkah itu betul dan menunjukkan pihak pendakwa cuba berlaku adil dan telus terhadap setiap hak individu yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan, tidak kira sama ada mereka ahli politik kanan atau orang biasa," kata peguam Anwar). Anwar bebas menerusi sistem perundangan yang tidak dipercayai (bernama).

Perkara menarik hari ini juga ialah pengumuman oleh Lim Guan Eng ,Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai Anwar sebagai Ketua Pembangkang sehari selepas pilihan raya kecil 26 Ogos ini itupun jika Anwar mampu menang . Anwar Ketua Pembangkang (Laporan Star).. Mengapa tidak terus mengumumkan Anwar sebagai Perdana Menteri jika begitu yakin membentuk kerajaan persekutuan . Adakah ini semua mainan politik saudara Anwar dan Pakatan Rakyat sama-sama kita fikirkan .

Walaupun apa berita yang dilaporkan oleh akhbar atau media baru , saya yakin Otai-otai politik samada dari pihak Anwar ataupun BN telah turun ke kedai kopi, pasar , kedai mamak nasi kandar, pehentian teksi/bas, di kilang dan pelusuk rumah di seluruh Permatang Pauh ini untuk berkerja keras memastikan kemenangan pihak masing-masing. (Dengar cerita kawan-kawan kata semua hotel dan rumah tumpangan sudah penuh ditempah dan harga rumah sewa sudah naik, rezeki orang Permatang Pauh ).

Cuma ingat pesanan cerdik pandai, Work Smart not Work Hard...

Wednesday, August 6, 2008

Dapatkah Anwar mencipta kembali kejayaan dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh?

Parlimen Permatang Pauh mengikut SPR mempunyai jumlah pengundi berdaftar sebanyak 58,449 orang . Pengundi-pengundi ini mampu menentukan masa depan politik Anwar antara impian realiti atau angan-angan. Meskipun demikian adakah mampu Anwar mencipta kembali kejayaannya dahulu pada tahun 1982.( laporan lanjut.)

Tarikh Penamaan dan Pengundian Permatang Pauh

SPR mengumumkan tarikh penamaan calon Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008 dan pengundiaan pada 26 Ogos 2008.
(laporan Radio Bernama)

Siapa Calon BN Lawan Anwar?

Setelah mencari-cari calon yang sesuai (Umno cari calon) akhirnya antara mereka memberi cadangan untuk mencalonkan warga Permatang Pauh (cadang calonkan) tapi semua keputusan teletak bila mesyuarat tertinggi BN yang akan bersidang petang ini jam 4 petang.

Biarpun ramai mengganggap pertempuran sukar tapi BN jangan mudah mengalah. Yang pasti perjuangan belum selesai..

Terkini: Mesyuarat SPR yang membincangkan tarikh penamaan calon dan pilihan raya kecil Permatang Pauh masih belum selesai, dijangka selesai 12tgh nanti.

Tuesday, August 5, 2008

BN boleh menang di Permatang Pauh jika...

Barisan Nasional menang pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, tidak mustahil atau pelik ini boleh berlaku jika semua kesilapan lampau tidak diulangi. (Laporan Bernama) .

Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Syed Hamid Albar komen kos Pilihan raya dijangka lebih tinggi kerana melibatkan perbelanjaan personel yang ramai (laporan Star) namum beliau juga kata BN tidak wajar boikot (laporan Berita Harian).

Anwar dan Permatang Pauh

Saya tinjau laman-laman internet terjumpa satu artikel menarik yang saya fikir dapat dikongsi bersama-sama anda.

INI taktik untuk mengeruhkan lagi suasana dan memungkinkan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia bertambah jika beliau ditangkap. Berita Anwar akan bertanding di Permatang Pauh telah disebar segera oleh media. Kini seluruh dunia tahu Anwar akan bertanding dalam pilihan raya kecil. Bayangkan jika tiba-tiba Anwar ditangkap. Tentulah media antarabangsa akan menyebut bahawa ``Anwar ditangkap ketika beliau sedang bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh.''

Untuk artikel penuh : Permatang Pauh: Satu lagi langkah desperado Anwar

Calonkan Mufti Perlis lawan Anwar.?

Alahai terkejut saya bila terbaca berita ni "Mufti Perlis akui ditawarkan calon Permatang Pauh" takda orang lain ke... Atau Mufti ni saja nak glamer murahan kot..

Yang pasti esok adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua tarikh pilihan raya yang dijangka akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)..

Monday, August 4, 2008

Wan Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh untuk beri laluan kepada Anwar




KUALA LUMPUR -- Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuatkuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.

Wan Azizah, 55, berkata beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya itu hari ini kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini yang turut dihadiri Anwar dan anak mereka, Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai, Wan Azizah berkata perkara itu telah dibincangnya dengan kepimpinan PKR dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Wan Azizah, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, adalah wakil rakyat Permatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi itu diwakili oleh Anwar.

Petikan
Bernama
31 Julai 2008

Permatang pauh

Permatang Pauh merupakan sebuah bandar di Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia.