Monday, August 18, 2008

Hujan lebat pendingin hati yang panas

NANA KE PERMATANG PAUH (4)
18 Ogos 2008

KETIKA Nana menulis catatan ini pada jam 10.30 pagi, hujan turun lebat dan langit gelap saujana pandangan menandakan bumi Permatang Pauh akan basah sepanjang hari. Sejak berada di sini, cuaca sentiasa panas dan berhabuk, kecuali pada hari ini dan penamaan calon pilihan raya kecil.

Menjenguk ke luar tingkap, nampak tanda-tanda kemungkinan hujan akan berlarutan sepanjang hari.

Hujan adalah rahmat, tapi rahmat untuk siapa? Mudah-mudahan ia akan menyejukkan suasana kempen yang semakin panas. Semoga pilihan raya kecil ini berjalan lancar tanpa insiden yang menggugat ketenteraman.

Pada hari penamaan calon, suasana agak panas tapi dapat dikawal oleh kehadiran polis yang sangat ketara. Bala tentera Pakatan Rakyat yang turun besar-besaran termasuk dari Sabah dan Sarawak telah menjadikan hari tersebut satu pesta untuk mengejek dan mencemuh para penyokong Barisan Nasional yang lebih kecil bilangan.



Para penyokong BN yang dihina dan dicela pasti menyimpan rasa marah yang membara. Sebilangan penyokong wanita diraba, termasuk puteri-puteri UMNO. Ada pakaian puteri UMNO yang koyak-rabak, mangsa tangan-tangan buas para penyokong PKR.

Kenapa puteri-puteri UMNO menjadi sasaran? Sebabnya mereka dilihat sebagai jentera kempen BN yang sangat berkesan dengan taktik dan cara yang tidak ortodoks.

PKR menyedari kekuatan Puteri UMNO, lalu menubuhkan Seri Mawar untuk beradu kekuatan. Puteri Mawar dilancarkan di Permatang Pauh pada malam 15 Ogos 2008, ambang hari penamaan calon. Ketuanya ialah Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim.

Ada perumpamaan Inggeris yang berbunyi ``hell has no wrath like a woman scorned.’’
Maksudnya ``kemarahan api neraka tidak boleh menandingi kemarahan wanita yang dicerca.’’

Betapa jika puteri-puteri UMNO yang dihina bertembung dengan kuntum-kuntum Seri Mawar ini.

Harapan Nana semoga Yang Maha Pengampun dan Pemberi Rahmat akan terus menurunkan hujan di Permatang Pauh agar menyejukkan hati-hati yang semakin panas.

1 comment:

HANTURAYA HANTURAYA said...

NANA APA TANDA-TANDA BN AKAN MENANG DI PERMATANG PAUH? APA AGAK NYA POINTS YANG AKAN MEMIKAT HATI PENGUNDI? NAK MASUK KEMPEN JUMPA PENGUNDI PUN NAK DIPARANG DAN DISEKAT. MACAMANA NI NANA? BAGI LAH BERITA SENSASI DALAM BLOG NANA NI... BARU PENGUNDI TERPIKAT. NANA JADI SPY LAH. PENATLAH BACA AYAT SAJA.